Era 90an telah melahirkan ramai penyanyi wanita yg sgt berbakat besar
yg terdiri daripada pelbagai genre muzik yg berbeza. Majoriti besar
penyanyi wanita era ini muncul dengan konsep album Pop Komersial. Namun,
ada juga yg muncul dengan irama berbeza seperti Irama Malaysia,
R&B, Dance Music, Rap, Rock & juga Jazz. Kelebihan penyanyi
wanita era 90 an ialah majoriti besar daripada mereka mempunyai tone
suara yg unik dan berbeza antara satu sama lain. Malah, masing2x
mempunyai identiti tersendiri tidak kira dari segi imej, suara dan
konsep album. Era 90 an boleh dikategorikan sebagai zaman kemuncak
kegemilangan muzik tanahair kerana terdapat banyak lagu evergreen
daripada pelbagai genre muzik muncul ketika era ini dan jualan album
artis era ini pernah mencecah ratusan ribu unit. Oleh itu, jom kita
lihat siapakah penyanyi wanita paling ikonik dan popular di era 90 an
utk rujukan kita bersama. Utk pengetahuan semua, penerangan artis di
bawah adalah berdasarkan pencapaian dr tahun 1990 sehingga 1999 sahaja.